Saturday, March 3, 2012

BERDIRI KARI??? :)

Assalamualaikum. :)

My dad used to use phrase berdiri kari which he means berdikari. hehe. Abah memang kelakar. And he is very nice. Oh ya, last 1 March was his 49th birthday. I send a sms which end with "Along syg abah" hee. And he replied, "itu aja? hadiah mana? anyhow, thanks" tak boleh blah. hee. Hadiah plak nak galaxy tab kalau x pon nak kayu golf. haih, mana nak cekau duit. T.T

Abah almost 50 years old and Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang sihat. Abah memang sangat menitik beratkan pasal kesihatan dia. I guess because of his responsibility to take care of our family. Yep, abah memang tak pernah mengabaikan tanggungjawab pada family. And maybe because of that I lack of semangat berdikari. I always depend on him. Bila ada masalah akan cari abah and mak. Waktu PMR dulu, waktu feeling down and depressed sebab Geography rasa sangat susah, call abah and mak. Bila fail clinical exam dekat university, call abah and mak. And both of them always be by my side, now and forever.

Tapi sampai bila?

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Itu janji Allah. And bila sampai saat itu, mampukah aku menggalas tanggungjawab untuk diriku sendiri? untuk adik adik ku? I guess the answer is NO if i still comfortable of being current 'me'.

Status hidup juga InshaAllah akan berubah dalam beberapa tahun ini. And can I be a good wife and ummi if I don't want to change?

Berdikari tak akan cukup dengan pengalaman tinggal di sekolah berasrama. Being independent also bukannya tergapai dengan hanya menggenggam segulung ijazah.

For me, berdikari ialah kita mampu menguruskan diri dan keluarga dari segi fizikal, rohani dan material. Ada orang yang hanya menyempitkan definisi berdikari itu dengan menganggap mencari duit sendiri itu sudah dikiraberdikari, But for me, it is beyond money. I want to be the kind of person that my parents and my siblings can trust. When they have problem, they come to me and share. I want them to respect and want to be like me in a good way. Because currently I think my siblings sometimes much more mature than me. I want them to be able to hear my advice because they think it is good for them not only because they have to hear it from me.

In the future, I want to be a good wife and ummi. Aku ingin menjadi sayap buat suamiku. Menjaga keperluannya dan maruahnya. Aku juga ingin mengadi ummi yang baik buat putera dan puteriku. Dan dalam masa yang sama stil menjadi puteri yang berbakti dan menyayangi mak dan abahku. InshaAllah. Permudahkanlah impianku Ya Allah. :)

Sunday, February 12, 2012

Always ask yourself to be better! :)

Assalamualaikum. :)

Kehangatan sebagai final year student sudah mula terasa. Ditambah tambah dengan pelbagai karenah birokrasi yg berlapis lapis memang menuntut kesabaran yang tinggi. Kadang kadang memang rasa nak surrender dah. Pantang tercuit sikit, mula lah nak meletoppp. Hai, cik alwani.. bila la anda nak tingkatkan level kesabaran anda tu? bukan kah sabar tu sebahagian dr iman? ya ya.. saya tengah cuba. Gambate! ^.^

Then, hari khamis lepas, berjalan jalan di kedai fotostat untuk mencari kotak utk letak brg brg research. Mintak kotak kat brother tu. Dia x cakap pulak free ke ape. Yang cik alwani ni pulak tak reti nak mintak free. Malu malu kucheng la kununnye. Bila tanya berapa brother, dia cakap due kotak singgit. Tersengih dalam hati sbb kira murah la. Tapi bila cik partner research tengok resit, dia cakap, eh, kotak pon kene bayar. Haih, dah rasa bersalah dalam hati. Mesti boleh dpt free je kan? tapi ada ke benda free sekarang ni? -____-

Dan dalam kedai, mata ni terpandang file yg sungguh menarik and berwarna warni. Tertulis kat atas file tu,

"NEVER ASK THINGS TO BE EASIER, ALWAYS ASK YOURSELF TO BE BETTER"

wah, sesuai sungguh dengan apa yang cik alwani tengah rasa sekarang ni kan. Rasa nak marah dengan ujian yg datang. Rasa nak quit. So, tanpa berfikir panjang, tangan pun meng'grab' file berkenaan and pergi bayar. And tersenyum sepanjang jalan balik sbb dapat file yang sungguh awesome! haha,

Memang betullah kata cik nono sayang, takde bende yang lagi senang dari merungut, Bila merungut, syaitonnirrajimm pon menghasut suruh mengumpat mengutuk dan pelbagai lagi. Banyaknya tambah timbangan kat neraca dosa. T.T

Bila dah bertenang, fikir balik, Belajar ni pon kira berjihad jugak. Tapi bila ada rintangan and halangan dah nak mengalah. Nak quit.Masing masing dah cakap, baik aku pergi kursus memasak and menjahit je, Leh jadi housewife yang hebat! Macamlah jadi housewife tu senang. Hey, you not a quitter! Allah nak tambahkan pahala dengan hantar ujian ujian ni, untuk kita belajar lebih bersabar. Macam cik heliza helmi kata dalam syurga cinta tu... S-A-B-A-R sabar! :) InshaAllah bila dah habis segala rintangan ada hasil yang sangat manis menanti. :)

Moral of this entry, cik alwani dan anda anda anda semua hendaklah haruslah mestilah wajiblah belajar untuk meningkatkan kesabaran dalam diri. Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang bersabar. Bukankah hebat bila disayangi Allah? Anda tak mahu? Saya mahu! :P

Tuesday, February 7, 2012

INDAHNYA ISLAM : 1

Assalamualaikum.. :) Salam Maulidur Rasul. :)

Macam pidato lak rasa. :p

Haihhh. Bersawang dah blog ni. haha. Ayat klise. Memang dah lama tak update blog ni. Bukannya tak ada idea. Cuma syaitan nirrajimmm ni asyik menghasut jek. Malas.. malas.. malas.. So, hari ni bertekad nak pecahkan rantaian hasutan syaitan ni dengan membuang sifat malas dengan mengupdate blog. Dengan harapan dan semangat yg berkobar kobar supaya dapat jadi manfaat untuk org lain dan bekalan untuk bertemu Pencipta kita nanti. InshaAllah. :)

Kelazatan ikan bawal masak sos mak masih terasa rasa di hujung lidah ni. Apalah sangat? Eh, kalau masakan mak, telur goreng pon rasa telur bistik kan? Hihi. Memang rasa nak makan bertambah lah tadi. Tapi apabila mengenangkan Sunnah Rasullullah (saw) berhenti makan sebelum kenyang, saya pun menadah tangan dan membaca doa selepas makan. Alhamdulillah.

Indahkan hidup berlandaskan Islam ni? Islam sendiri dah mengajar umatnya untuk berdisplin dan bersederhana secara tak lansung. Yelah. Bila dah baca doa selepas makan tu secara automatiknya, nafsu yang membuak buak nak tambah nasi tadi dpt dipatahkan. Kesihatan diri pun terjaga kan? :)

Cubalah kalau makan sampai kenyang tadi. Mesti lepas tu tersandar. Mengantok. Nak buat kerja kerja Final Year Project pon malas. Satu apa pon tak jadi kan?

Dalam buku MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT karya Dr. Adi Hashman, ada diceritakan, sahabat sahabat Nabi Muhammad (saw) tidak pernah melihat Nabi kenyang untuk dua hari berturut turut. Most of the time, Nabi akan berlapar sehinggakan Nabi pernah mengikat perot Baginda dengan batu batu kecil untuk menahan lapar. Sedangkan Nabi boleh je perintahkan sahabat sahabat pergi mencarikan makanan untuk Baginda, Nabi pon dah mengajar kita, makanlah bila lapar, berhenti sebelum kenyang. So, jom kita praktikkan Sunnah Baginda! :)

Sebelum makan pon, kita dahuluilah dengan doa, Ni pon satu lagi cara Islam untuk mengindahkan peribadi umatnya. Yelah. bila kita dah duduk elok elok, makan dengan tertib, baca doa, tak ada lah kita nampak gelojoh kan? Rasulullah pun makan dengan tiga jari sahaja. Sopan jek kan? Takdelah berselemuihhh jari jemari tu. Kita pun kalau nampak orang makan dengan gelojoh mesti rasa geli semacam kan? Bila kita ikut aturan yang telah digariskan Islam, InshaAllah, peribadi kita akan terjaga, :)

Islam is the way of life, Memang dah lama kita tahu benda ni semua. Tapi kita je degil taknak ikut. (Eh, entah entah ko je yang tak ikut lagi.) Seriously, benda benda remeh mcm ni sebenarnya yang dpt jaga peribadi kita, Benda benda sunat macam ni lah yang Nabi Muhammad wariskan untuk umat Baginda agar akhlak kita semua sentiasa terjaga, Setiap yang Islam suruh dan setiap yang dilarang pasti ada hikmahnya. :)

Okaylah. Saya akhiri entry kali ini dengan doa selepas makan. Kenapa doa selepas makan? Sebabnya doa sebelum makan mmg rata rata semua org hafal. Tapi doa selepas makan ni, orang selalu lupa dan tinggalkan walaupun kedua duanya memang dah diajar kat tadika dulu. hehe. So, jangan pulak budak tadika hafal doa, kita yang dah lama hidup ni, sendawa besorr je tiap kali lepas makan. :) Mari beramal! :)




Assalamualaikum. :)